1.0 Kegunaan Peralatan Tangan dan Peralatan Pengujian Perkakas Elektrik

1.1                 Peralatan Tangan

Kerja-kerja penyelengaraan peralatan elektrik memerlukan beberapa alatan tangan dan peralatan pengujian khas disamping perkakas kerja berkuasa elektrik / bateri. Dengan menggunakan perkakas yang betul dan sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.

1.1.1   Kegunaan Peralatan Tangan

a)    Pemutar Skru
Juru elektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga saiz pemulas skru yang berbeza seperti kecil, sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan panjang yang berlainan, perlu juga memilih hujung skru philip dan flat. Kegunaannya adalah untuk mengetat dan melonggarkan skru.

b)    Playar Gabung
Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan dan membengkok wayar dan juga untuk memegang nat kecil serta washer.Player tambahan daripada jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.       

c)    Playar Pemotong Sisi
Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu tamatan. Manakala pelucut penebat dari jenis yang boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan wayar pengalir.

d)   
Pisau Kecil
Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

e)    Pena Ujian (Test Pen)
Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu juga boleh digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan 50v-500v.



f)     Playar Muncung Tirus
Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang kecil, memotong, membentuk dan mencapai sesuatu di ruang yang sempit dan rumit.

g)    Penjerut Kabel (Wire stripper)
Kegunaannya adalah untuk membuang penebat kabel.

1.2            Peralatan Pengujian
                        1.2.1   Alat pengukuran dan pengujian elektrik
                    Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-
-       Jenis analog.
-       Jenis digital.
Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan berskala. Manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

1.2.2   Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik
Diantara jenis-jenis alat pengukuran dan pengujian pepasangan elektrik yang selalu digunakan dalam adalah:-
a)    Jangka Ohm (Ohmeter)
Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik. Ia juga digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen elektrik.
  
b)    Jangka Ampiar  (Ammeter)
 Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam sesuatu litar elektrik.

c)    Jangka Voltan  (Voltmeter)

Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya gerak-elektrik sesuatu litar elektrik.

d)    Jangka Watt  (Wattmeter)

Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik.

e)    Jangka Watt-jam  (Watt-hour meter)

Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar elektrik.

f)     Jangka Ligat (Tachometer)

    Jangka Ligat digunakan untuk mengukur nilai kelajuan putaran                sesuatu mesin elektrik.

g)    Jangka Lux (Lux meter)

Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber cahaya.

h)    Jangka Frekuensi (Frequency Meter)

Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.

i)     Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur faktor kuasa sesuatu litar elektrik.

j)     Jangka Galvano (Galvanometer)

Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik didalam sesuatu litar
k)    Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)

Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan elektrik.

l)     Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)

Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.

m)  Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)

Penguji Penebatan Megger digunakan untuk menentukan nilai penebatan sesuatu pengalir elektrik.
n)   Jangka Pelbagai (Multimeter)

Jangka Pelbagai digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya, daya gerak-elektrik, rintangan dan keterusan litar elektrik.

o)    Jangka RCL (RCL meter)

Jangka RCL digunakan untuk mengukur nilai rintangan (R), kapasitar (C) dan inductor (L).

p)   
Jangka Clip On (Clip-On Meter)

Jangka ‘clip-on’ digunakan untuk mengukur nilai arus sesuatu talian elektrik.

q)    Penguji ‘Cable Locator(Cable Locator Tester)

Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang tersembunyi atau mengesan kerosakan kabel yang tersembunyi.

r)     Penguji RCD (Residual Current Device Tester)

Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB).

1.2.3      Pengenalan Kepada Pemeriksaan dan Pengujian Peralatan / Perkakas Elektrik Tiga Fasa
          Pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik dijalankan bagi  memastikan pepasangan telah dilakukan mengikut peraturan dan pepasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.
Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pepasangan baru, pepasangan penambahan atau pengubahsuaian dan pepasangan sedia ada.
          Pemeriksaan dan pengujian yang dilakukan tidak menjamin pepasangan dapat digunakan dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari semasa ke semasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak mencapai atau memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, kerja penyenggaraan atau penggantian perlu dilakukan.
          Tempoh pengujian sesuatu pepasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan sesuatu pepasangan elektrik pengguna adalah seperti berikut:-

Jenis Pepasangan
Tempoh Pemeriksaan
Pepasangan domestik
5 tahun
Pepasangan pertanian
3 tahun
Pepasangan sementara
3 bulan
Pepasangan penggera kebakaran
1 tahun
Pepasangan penggera kecemasan
Tidak ditetapkan
Pepasangan panggung
1 tahun
Pepasangan stesyen minyak
1 tahun
Pepasangan masjid / gereja
Setiap 2 tahun pertama
Setiap tahun jika melebihi 5 tahun
Pepasangan kedai dobi
1 tahun
Pepasangan industri
Kerap-kali














          Jadual 1 : Jenis pepasangan dan tempoh pengujian pepasangan elektrik



Pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-
-       Pemeriksaan penglihatan.(visual test)
-       Ujian menggunakan peralatan pengujian.
          Pemeriksaan penglihatan dilakukan bagi mempastikan bahan-bahan dan kelengkapan pepasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan, pepasangan dijalankan mengikut peraturan dan tiada kerosakan nyata pada pepasangan atau kelengkapan elektrik. Manakala ujian menggunakan peralatan pengujian dilakukan berpandukan kepada kehendak Peraturan IEE iaitu semua pepasangan elektrik perlulah dilakukan ujian-ujian berikut:-
-       Ujian Kekutupan (Polarity Test).
-       Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).
-       Ujian Pembumian (Earthing Test).
-       Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit).

2.0  Pengenalan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

2.1                 Definasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.




2.2           Tujuan Penyelenggaraan
                                  i.        Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)
                                ii.        Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba, Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya)
                               iii.        Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.
                               iv.        Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
                                v.        Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.
                               vi.        Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan servis.
                              vii.        Memanjangkan jangka hayat sesuatu peralata.

2.3           Jenis Penyelenggaraan

                                      I.        Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance)
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan  pemeriksaan berkala
                                    II.        Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)      
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.


2.4            Kategori Kerosakan
                                      I.        Cemas (Emergency)
Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak
                                    II.        Segera (Urgent)
Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya  kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).
                                   III.        Biasa (Normal)
Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

2.5           Operasi Penyelenggaraan
                                  i.        Servis (servicing)
                                ii.        Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)
                               iii.        Pembaikan (rectification, repair)
                               iv.        Penggantian (replacement)
                                v.        Penyambungan (extension)
                               vi.        Pengubahsuaian (renovation)
                              vii.        Naiktaraf (upgrading)







2.6            Jenis Kerosakan
Setiap pemasangan elektrik akan mengalami kerosakan,ini adalah kerana banyak faktor-faktor penyebabnya.Ia mungkin disebabkan oleh pemasangan dan pendawaian yang sudah lama, salah pemasangan, angkara mahkluk perosak (gigitan tikus dan sebagainya) dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya. Kerosakan yang sering berlaku boleh dibahagikan kepada berikut :

                                     I.        Litar pintas
                                    II.        Litar buka
                                  III.        Sambungan longgar
                                 IV.        Board faulty

                                     I.        Litar Pintas
             Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik. Bagi pemasangan tiga fasa, litar pintas ialah pencantuman di antara litar hidup ( samada fasa merah, fasa kuning atau fasa biru ) dan juga di antara litar hidup dengan litar neutral.
             Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan.

                                    II.        Litar Buka
             Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai kepada beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.
             Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa alat elektriknya tidak dapat beroperasi walaupun telah di ’ON’ kan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.
                                   III.        Litar Longgar
             Litar longgar mungkin disebabkan salah satu daripada perkara berikut iaitu pemasangan tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat), pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba) dan pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih.
                                  IV.        Board faulty
             Pertambahan voltan bekalan boleh berlaku apabila kemasukan voltan bekalan pihak pembekal ke litar pengguna meningkat secara tiba-tiba dan ini menyebabkan berlakunya kerosakan pada alat elektrik pengguna. Sebab itu selalu kita dengar ada pengguna yang rosak alat elektriknya seperti peti sejuk, kipas angin, komputer, televisyen dan lain-lain. Mungkin kerosakan ini berpunca dari kerosakan transformer pihak pembekal dan juga kilat serta petir yang berlaku. Arus dari kilat serta petir ini membawa cas elektrik yang cukup tinggi dan akan masuk ke rumah pengguna melalui arial t.v, talian telefon serta melalui punca soket keluaran litar pengguna. Dawai neutral pada punca soket keluaran biasanya tidak dapat diputuskan lantaran itu arus yang mempunyai cas sangat tinggi tadi dapat melalui ke litar pengguna menyebabkan berlakunya kerosakan yang tidak diingini. Langkah keselamatan perlu diambil seperti mencabutkan semua plug 13A ketika berlakunya kilat dan petir. Jangan bergantung sepenuhnya pada alat kawalan yang ada dalam rumah tersebut kerana ada ketikanya alat tersebut tidak dapat bertindak bila berlakunya sesuatu musibah yang kunjung tiba.


2.7            Pemilihan Kabel
Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan. Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.
   a)         Wayar kuprum berenamel
   b)         Wayar teras tunggal
   c)         Wayar teras kembar
   d)         Wayar teras tiga

a)            Wayar kuprum berenamel

                             Wayar kumprum berenamel ini digunakan untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer. Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b)            Wayar teras tunggal

                                        Wayar teras tunggal ini digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektronik. Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal iaitu lembar wayar halus dan lembar wayar kasar. Lembar wayar halus boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara. Lembar wayar kasar biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.
c)            ayar teras kembar
Wayar teras kembar ini terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali. Digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai (plug)
d)            Wayar tiga teras
            Terdapat dua jenis wayar tiga teras iaitu wayar tiga teras berpenebat PVC dan wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang. Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh. Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik dan pembakar roti.





3.0  Langkah Pembaikan / Senggaraan Perkakas Elektrik.

I.              Langkah Pembaikan / Senggaraan Motor Elektrik Tiga Fasa ( Jenis Sangkar Tupai )

1.    JENIS KEROSAKAN : TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN
KEROSAKAN MUNGKIN


LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA

a.    Pemutus litar pelantik atau fius terputus disebabkan oleh lebihan beban

Rujuk kepada carta mekanikal yang tertentu untuk mengesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepada peringkat yang boleh dikawal.

b.    Voltan rendah

Periksa nilai voltan pada plat nama. Naikkan voltan kepada peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara

c.    Litar terbuka atau litar pintas di lilitan motor

Jika ini disahkan dengan beberapa ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilakukan

d.    Gris didalam alas menjadi kejal (keras/liat)

Sistem pelinciran dibersihkan dan gris baru dimasukkan ke dalam alas

e.    Sambungan tidak kemas di punca sambungan

Periksa di punca sambungan serta ketatkan sambungan yang tidak kemas

f.     Pemutar dan pemegun bersentuhan

Perbetulkan jarak kelegaan antara pemutar dan pemegun menurut nilai yang tersebut.

g.    Kerosakan pada alas

Pastikan alas digantikan dengan yang baru.


2.    JENIS KEROSAKAN : BUNYI YANG BISING DAN KUAT

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA
a.    Motor beroperasi dalam satu fasa

Matikan motor, jika ia beroperasi dalam satu fasa, ia tidak dapat dihidupkan semula. Periksa jika ada litar terbuka

b.    Aci tidak berputar dengan betul di atas alas (sleeve bearing)

Periksa penjajaran (alignment) aci.

c.    Gegaran disebabkan oleh pemutar tidak seimbang atau gegaran yang berpunca dari mesin yang dipandu

Asingkan motor dari mesin yang dipandu, jika masih ada bunyi bising lagi atau gegaran ketika dijalankan bersandirian, rotor hendaklah diseimbangkan semula. Periksa bar-bar yang longgar dan patah

3.    JENIS KEROSAKAN : MOTOR PANAS DAN KADANGKALA BERASAP

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA
a.    Motor beroperasi dalam lebihan yang berat

Rujuk kepada bahagian mekanikal yang mempunyai penerangan mengenai lebihan beban. Kurangkan beban jika terdapat lebihan beban yang berat.
b.    Pengganding yang tidak kemas

Pastikan pengganding dijajar dan diikat dengan kemas
c.    Gris berlebihan di alas

Keluarkan gris lama dan gantikan gris baru sebanyak ½ hingga ¾ isipadu ruang

4.    JENIS KEROSAKAN : GETARAN YANG KUAT

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA
a.    Pengganding yang tidak kemas

Pastikan pengganding dijajar dan diikat dengan kemas
b.    Pemutar tidak disambung

Periksa punca masalah ini dan pemutar dikeluarkan untuk diimbang semula
c.    Alas tidak dipasang dengan betul

Periksa nombor alas dan betulkan kedudukan alas

5.    JENIS KEROSAKAN : KENAIKAN SUHU YANG TINGGI DALAM GELUNG                                            PEMEGUN DAN BADAN MOTOR

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA
a.    Kendalian dalam satu fasa

Periksa jika ada litar terbuka
b.    Voltan rendah

Periksa punca bekalan dan naikkan semula voltan mengikut kadaran
c.    Voltan bekalan tidak seimbang

Pastikan punca bekalan adalah kemas dan voltan bekalan diimbang semula

6.    JENIS KEROSAKAN : PEMUTUS LITAR TERPELANTIK SEBAIK SAHAJA                                                      DIHIDUPKAN

KEROSAKAN MUNGKIN

LANGKAH PEMBAIKAN SENGGARA
a.    Voltan penguja rendah

Tinggikan nilai pengujaannya
b.    Perubahan beban terlalu ketara

Rujuk pada bahagian mekanikal bagi mengawal beban

















4.0  Peraturan-Peraturan Elektrik Mengenai Senggaraan

A)   Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan

               I.        Peraturan 110 (1) – Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.
              II.        Peraturan 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya, pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan
            III.        Peraturan 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun
           IV.        Peraturan 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

             V.        Peraturan 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu pepasangan 

Comments

  1. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c is an excellent short handled DE safety https://jancasino.com/review/merit-casino/ razor. It 토토 사이트 is more 토토 suitable https://deccasino.com/review/merit-casino/ for both heavy and non-slip hands and https://deccasino.com/review/merit-casino/ is therefore a great option for experienced

    ReplyDelete

Post a Comment